Monday, April 25, 2011

McDonald, I'm fuckin lovin' it!



sepatutnya aku nak review brnwrck showcase yg berlangsung nya pada jumaat lepas, iaitu pada 22 April 2011. tapi entah macam mana aku aku rasa it's better aku tulis pasal ni. spread the knowledge la I guess. benda ni pun aku dapat idea semasa melepak bersama rakan-rakan ku di mcdonald bb selepas showcase brnwck hari itu. kitaorg dah takde tempat untuk bermalam jadi kitaorang decide lepak kat situ je sampai pagi esok.

semasa sedang lepak-lepak. datang lah pekerja kat situ mahu ambil fries kitaorang.
' eh jap lah, tak habis lagi tu'
'tapi kan fries ni tak elok dah nak makan', kata pekerja tersebut.
' kenapa pula?, elok je lagi tu ha ( sambil aku menyuap fries tersebut ).
' tak kau tengok fries ni, ada plastik tau dalam ni. tu sebab dia tahan lama, and know what. all the fastfood macam ni.'
' fuck hell?!. nah lah ambil. aku tak nak makan'

dan perbualan kitorang berlangsung agak lama, we talk about punks, life, working. blablabla..until he's blah.

dan aku terfikir untuk mencari sedikit sebanyak maklumat tentang mcdonald/fastfood ni. aku mula dengan youtubing and then googling. ok, aku takde baca buku. tapi aku yakin dengan resources yang aku jumpa. a lot of article I've read. so, here it is . antara apa yang dapat aku rumus kan :

kemusykilan tentang kandungan sebenar didalam fries mcdonald sudah sekian lama diragui oleh pakar-pakar pemakanan ni. di seluruh dunia. dan antara punca obesiti di amerika pun sebab rakyat diorang suka sangat makan fastfood.
apa yang ada dalam fastfood adalah fatm which is a lot of fat.

mcdonald's fries medium which is 114g contains the total fat is : 20g


apa yang lagi best tentang makanan mcdonald  ni, kalau kita tengok bahan-bahan dalam dia , kebanyakkan chemical. tu sebab kalau anda - anda semua simpan fries tu sebab nak makan esok. anda semua akan nampak fries tu masih lagi elok. dan sebenarnya, kalau anda simpan fries tu selama 4 bulan pun. fries tu maintain macam baru beli semalam je. sebab apa?. preservatives ke? NO. preservatives alone is not enough to make all the fungus not to come to the power full fries. apa yang diorang buat. campur dengan bahan-bahan lain lah.antaranya adalah calcium propionate. dan juga pengunaan citric acid yang BANYAK. 


dan benda ni bukan mcdonald je yang buat. semua fastfood lah. burger king , carl's jr. arr..banyak lagi. semua-semua ni bukan lah tempat untuk bagi anda semua makan sebenarnya. mereka adalah lebih kepada kilang makanan kimia.


ya aku tahu maklumat aku bagi ni tak cukup langsung untuk mengatakan keburukan makan fastfood . tak banyak yang aku beritahu. percayalah yang their food is not healthy at all. 


they do their propaganda, we fight with our propaganda too!


wtf?

Wednesday, April 20, 2011

2012/12/21

*entri ini ditulis hanyalah cetusan idea dari otak yused yang datangnya dari googling dan tidak membawa maksud untuk memprovokasi dan membetulkan apa-apa idea yang akan dinyatakan di dalam entri ini. sekian.

let's see what I have found.


Michel de Nostredame. dikenali sebagai Nostradamus.
figure yang cukup popular. lahir pada tahun 1503 dan RIP pada 1566.  apa yang membuat kan nostradamus ni masih diingati bukanlah kerana dia ni president US yang paling kejam atau pun abang kepada abraham lincoln. nostradamus telah mengeluarkan satu buku yang berjudul les propheties ( the prophecies ) pada tahun 1555. dan disebabkan buku ni lah dia punya ramalan tu diambil perhatian yang amat. mana tidak nya. dia telah meramalkan kemunculan Hitler, dia juga meramalkan perlantikan G.W.Bush jadi president ( dia ramal tarikh ). dan yang paling diingati, dia meramalkan kejadian 9/11.

point aku kat sini ialah dia juga telah meramalkan end of the world akan berlaku pada tahun 2012.

Ramalan nostradamus tentang 2012
kemunculan antichrist or I can say the risen of antichrist. ya, semua dah tahu tentang benda ni. illuminati,freemason,bla bla bla..that's antichrist. yang dulunya dan kononnya dikatakan sebagai SECRET SOCIETIES dan sekarang ni dah tak secret pun. obama is an antichrist? yes. president US mana yang bukan antichrist?- nope, none of them

Mayan calender
dikatakan, mayan calender ni macam jangka hayat kehidupan lah. lepas tu ada deadline nya kat mayan calender ni. lepas dikaji-kaji mayan calender punya deadline is on 12/21/2012. sound scary right.

hmm hmm dan hmm.

aku kemudiannya cuba lihat pada calendar didalam telefon aku, hari apa ye 12/21/2012 ni?.
TERKEJUT!.

hmm hmm dan hmm!

signifikasinya jelas kelihatan. peringatan juga telah diingatkan kepada kita sejak berkurun. bukan mahu takutkan kita. bukan mahu memesongkan kita. peringatan tentang kehidupan yang tiada kekal abadi. jika bukan tentang kiamat pun, manusia mati setiap hari.
setidak-tidaknya, aku tidak mahu alpa dan berombak didalam arus deras kemusnahan minda separuh sedar.



aku ramalkan kiamat minggu ni, apa yang anda semua lakukan?


 mayan calender

 nostradamus

nostradamus 2012

Tuesday, April 19, 2011

masa ni aku berada di bangku sekolah.tingkatan satu



kata orang suara morrissey ni sexy, sampai ke hari ni morrissey ni maintain dia punya suara. aku pun tak tahu celah mana sexy nya dengan suara dia.

the smiths...

I upon stumble this band circa 2002 I think, membeli cd yang di buat copy di salah sebuah kedai di kuantan. aku beli masa tu album the queen is dead(1986). memang masuk halwa telinga aku, sedap dan indah. sejak dari hari tu, the smiths menjadi antara salah satu band indie pop kegemaran aku.

dan hari ni aku tiba-tiba teringat bilik aku kat rumah , aku baring sambil menulis dan mendengar smiths.

dan hari ini kenapa aku post video ni?

sebab tadi aku tengok cerita (500) days of summers.

zoe-ee day-sha-nel
( no, she's prettier than kati perry.she's punk, she's indie , kati perry pop. ha ha ha )

Monday, April 18, 2011

Taqwacore : The Birth Of Punk Islam

aku download dokumentari ni setelah sekian lama aku duk dengar pasal taqwacore ni. apa itu taqwacore?. apa apa. genre kah?. band kah?. hardcore punk yang bertaqwa?. ha entah, lantas aku membuka google dan mulalah menggoggle. (ok, macam lah google itu tuhan kan). and I'm stumble upon that taqwacore actually is a novel written by Micheal Muhammad Knight. siapa Knight ni?. ha aku review sikit lah, dia lahir pada tahun 1977. masa dia umur 13. dia mula kenal siapa tu Malcom X melalui lagu public enemy. pastu masa dia umur 15 tahun dia converted to Islam. dan masa dia umur 17 dia pergi pakistan untuk mendalami ilmu Islam. pada tahun 2002 lah muncul nya novel taqwacore ni. lepas buku tu terbit, muncul lah band-band yang kata mereka terinspirasi dari taqwacore ni dan langsung mewujudkan satu scene yang mereka gelar taqwacores. antara band-band nya The Kominas, Vote Hezbollah, and Secret Trial Five( band-band ni semua anda boleh tengok dalam dokumentari ni ). 


dan setelah aku menonton cerita ni, aku macam,
' wow, punk rock in pakistan?!'
' I think more bands should come out like this la, u know. have a show at the different places' 


ok ni ada aku sedia kan link mediafire untuk download. dan banyak lagi movie-movie yang rare yang anda boleh download kat sini : fuckcopyright.blogspot.com



download :
http://www.mediafire.com/file/p0v14yx6qaa1n8h/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part1.rar
http://www.mediafire.com/file/jy3qbpjqydap618/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part2.rar
http://www.mediafire.com/file/c6bee6138d9mpfm/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part3.rar
http://www.mediafire.com/file/k0k3ivmpu7vp7pd/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part4.rar
http://www.mediafire.com/file/46ayneels9txb06/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part5.rar
http://www.mediafire.com/file/7zl2g68ro95rb3r/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part6.rar
http://www.mediafire.com/file/zr2d38a5m82tvci/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part7.rar
http://www.mediafire.com/file/g47q0erzc00vapt/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part8.rar

Sunday, April 17, 2011

5 thing that I hate to do but I must do.

1. masa aku dah enak berguling mahu tidur tiba-tiba rasa nak PU. ok tahan jap. arhh. tak boleh. kena bangun juga pergi tandas. damn, aku tak suka!

2. elok dah aku bersiap pakai uniform, sembur deodorant plus perfume. dah nak pergi kerja ni, datang pulak perut memulas. arhh..tahan jap. tak boleh!. capai towel pergi tandas. damn, aku tak suka!

3. instant noodle yang mee sedap tu memang sedap.tapi nak buat tu memang leceh. ha tu je yang ada dalam bilik aku sekarang. aku tibai. tapi sumpah aku tak suka buat, tapi kena buat!

4. dalam cs3 kalau nak cropping picture aku selalu guna polygonal lasso tool untuk mengambil picture yang aku nak. ha yang ni memang leceh. tapi kena buat. aku tak suka!

5. masuk bilik yang kena tanggal kasut dan stokin. lepas tu keluar pergi pula bilik yang kena tanggal kasut dan stokin. ha, baik pakai selipar. aku tak suka tapi kena buat!

baru semalam

hendak di jadikan cerita. aku terpaksa mengharungi satu malam di dalam rumah seakan-akan pondok tempat menunggu durian gugur berseorangan. ALONE. digambarkan suasana disekeliling rumah ini terdapat pokok-pokok pisang dan pokok-pokok lain yang tak dapat dikenal pasti. seperti rumah-rumah kampung yang lain, jika jam sudah menunujukkan 8 malam, tiada lampu jalan untuk menerangi kawasan sekitar rumah ini. dan suasana nya amat menjadi seram dan berlainan sekali apabila aku duduk seorang diri dalam rumah ni. apa yang hendak dibuat, malam dah menjelma. aku kemudian melantak nasi yang ditinggalkan oleh kawan aku petang tadi. entah basi ntah tak, aku main tibai je sebab lapar. sejam selepas tu, tiba-tiba patofisiologi badan aku seakan berubah. suhu badan aku menjadi panas, kepala aku sedikit pening, perut aku memulas lain macam, 'arhh..hendak demam barangkali'. fikir aku. aku lantas menelan 2 tablet paracetamol. ok, aku teruskan dengan agenda aku iaitu melayari internet. dan yang tak best nya, aku rasa aku dah tak dapat tahan dah. ini dah memang betul-betul demam. 'shait!'. aku masuk bilik untuk tidur. ke kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan. rasa tak selesa je badan ni. tapi aku nak tidur!.

sedar-sedar keesokan harinya telefon bimbit aku berdering.

Kriinnngg!!!!

'ha nak bangun la ni, ok..' aku menjawab.

lihat jam dah, 'mak ai, dah pukul 2.'

tapi badan aku seakan tak mampu bangun, mata aku masih tidak boleh dibuka luas.

Kriiiinnnngggg!!!!!

'ah berbunyi lagi'..' ha nak bangun la ni.ok bye' aku menjawab.

lihat lagi jam, ha dah pukul 6 petang?. 'aku ni kenapa, sakit sangat ke?' fikir aku.

aku bangun dengan badan yang berpeluh-peluh. ok aku nak mandi. kawan aku pun dah sampai membawa sebungkus nasi goreng pattaya . ok aku makan dulu sebelum mandi. perut aku masih lagi memulas. sehingga ke waktu yang aku sedang menulis ni, perut aku masih lagi sakit. aku kemudiannya terfikir, ' NASI YANG AKU MAKAN SEMALAM TU DAH BASI KE-,-'

owh ya, aku rasa aku dah boleh join seekers la. boleh je duk seorang ha kat rumah ni :)
hahaha hahahaha

Saturday, April 16, 2011

mulai dari 11/04/2011,aku berpengkalan di Pengkalan Hulu

ok, penempatan yang terakhir aku pada semester 5 ni iaitu di pengkalan hulu. kepada sesiapa yang tak tahu lokasi pengkalan hulu ni kat mana. ianya terletak didalam negeri Perak, kalau dari ipoh makan la jugak 3 jam. siapa orang kelantan dia tahu jalan ke sini sebab kalau dari ipoh nak balik kelantan akan menyusuri jalan ke gerik. ha, atas lagi dari gerik. kalau dari gerik pula adalah dalam 45km lagi nak sampai ke pengkalan hulu ni. apa yang menarik kat sini ialah pekan ni pekan kecil je. aman damai. penduduk rata-rata kerja kampung. yang macam aku takjub sikit is kat sini kalau nak pergi thailand pun dekat kalau nak ke kedah pun dekat. ok. aku dah menyimpan hasrat nak pergi luar negara minggu depan. InsyAllah kalau takde ape-ape aral yang melintang mahupun melintas depan aku. dan semasa aku menulis entry ni aku di tinggalkan berseorang di rumah bungalow yang serba canggih ni. ha yelah, bungalow la. kau ingat kat mana. rakan-rakan ku yang lain semuanya balik ke kampung halaman masing-masing memandangkan kampung mereka dekat-dekat je.

ha ni aku tangkap guna apa kau tahu?. guna camera kat netbook aku ni je ha. dapat bayang tak macam mana?.ha nanti la aku beli camera besar gantung leher tu. takde sen ha-,-' pastu edit la kat photoscape. kononnye macam guna diana rose ha.



-click for bigger image-

TUNGGU SEBENTAR, KEJAP LAGI AKU NAK TULIS. ADA SESUATU NAK CERITA

NOT SO COMING SOON-,-'

___________________working______________

Tuesday, April 12, 2011

ok aku menulis lagi

mengumpul material untuk tsf#3 yang dijangka dirilis dalam bulan ini juga. ha tetapi aku rasa macam dah lambat je aku ni-,-'. hohoi. cepat la yused. edit+compile and then boleh lah print out. ha, tambah dengan aku berpraktikal di merata tempat menajdi kan kerja-kerja aku tu jadi lambat. alasan je tu kan. ok aku berusaha lagi. ha lagi satu blog aku ni ape cerita. berhabuk je aku tengok. ada masa aku menulis. masa itu sumpah berharga kan. haih.