Tuesday, June 28, 2011

turbulent succulent #03

MAY 2011


hasil tinjaun aku, penghasilan TSF amatlah lambat.  memakan masa sehingga berbulan-bulan
untuk menghasilkan satu-satu isu. dan ini amat mengecewakan kami.
kami berusaha untuk mempercepatkan penghasilan funzine ini walaupun tanpa pembaca.
haha.
okay isu ini terbaik. kena dapatkan.
ein from second combat dan azizi from bebal zine menjadi individu di dalam ruangan interview.
antara intipati yang lain, artikel-artikel yang terbaik,
cara-cara mengorat, gambar-gambar awek seksi,
gadget dan trend terkini, hotspot untuk lepak hujung minggu, must get item,
dan banyak lagi sesuai untuk remaja yang hip dan pak cik mak cik 
keluaran metro. 

turbulent succulent #02

AUGUST 2010

Isu #02 menyaksikan style cut and paste digunakan. 
layout di ambil dari sampul surat, setem, resit photostat, resit makanan, 
flyers, semua aku tampal.
mangsa mengjawab soalan di dalam isu kali ini :
nizang ( mosh fanzine )
see you next tuesday
seven collar t-shirt
side circle
bahagian poem dan review zines/books di dalam isu ini
sepertimana isu #01 tidak lagi wujud kerana ketidaksempatan masa
yang sering jadi alasan kepada kami yang pemalas tahap gaban ini.
isu ini masih ada di dalam simpanan aku dan masternya juga. jadi tiada
masalah untuk aku buat copy. kepada yang mahu mendapat kan funzine ini,
boleh lah contact aku di fb.



turbulent succulent #01

JAN 2010

Tahun baru 2010 disambut dengan kelahiran TSF #01. 
isi yang lebih menarik, layout yang lebih tersusun. haha. yang ni tipu.
band yang di interview di dalam isu#01 ini adalah ;
channel-x
last strive
dan kelainan yang kami letak pada isu ini ada bahagian poem.
bahagian ini di kecam teruk oleh pembaca kerana  penulisan poem yang amat teruk gaya bahasanya.
isu ini juga sudah sold out di tangan aku. master nya juga entah ke mana.


turbulent succulent #00 experimental issue

DEC 2009

kemunculan pertama TSF pada tahun 2009 iaitu pada bulan dec.
kondisi yang sangat-sangat  teruk dari segi layout, font dan cover.
gaya bahasa juga out. siapa yang masih simpan issue ni memang barang rare,
kerana aku sendiri pun dah tiada master nya.
isi didalam mempunyai interview bersama teaser opera,
moshroom(rip), review indie fest, scene report(kuantan) dan artikel.

Wednesday, June 22, 2011

HUKM

Wajib yang pertama

Sunat yang kedua

Harus yang ketiga

Makruh yang keempat

Haram yang kelima

makruh, tinggal-tinggal kan lah selagi boleh,
haram, itu yang tidak mahu,
wajib didahulukan,
sunat menjadi tambahan,
harus lah begitu HUKM didunia,
apa lagi yang salahnya.

Monday, June 20, 2011

kill your television

berita terkini jam 8.00pm hari ini. terlihat di parlimen membincangkan isu pembayaran langganan astro yang mahal. entah siapa entah yang kata tu, aku tak ingat pun nama dia. tapi kata-kata dia memang make sense. antara apa yang dia kata,

" kalau tidak langgan ini astro, nak tengok tv1,2, 3 memang tak terang"

" dulu sebelum ada ni ( astro ) ,okay je tv1,2,3. terang"

" jadi mereka-mereka ni terpaksa la langgan astro untuk tv yang terang "

begitu lah antara kata-kata dia, taklah sebijik macam ni. tapi maksudnya macam itu lah. ermm. ada betul tu. di rumah aku, samada tv yang ada di ruang tamu mahupun di bilik, kedua-duanya macam haram. memang tak lawa. ada noise kat setiap tayangan. tak payah nak edit dah. tinggi pula tu noise nya. tv di rumah aku tidak di pasang atau melanggan astro.

" urrghhh, aphal sih rumah kau takde astro. sumpah tak up to date kau"

aku tau korunk cakap macam tu kat aku kan-,- ni jawapan aku.

" aku senang dengan macam ni, sememangnya langganan astro itu mahal. dan mereka yang kaya-raya sahaja boleh dan mampu langgan benda(astro) ni. untuk keluarga aku. kami diy punk. sambil-sambil aku praktikkan apa itu yang dikatakan 'smash your television!' aku tak consume kepada hiburan mentah. hahaha."

kita banyak consume benda yang sebenarnya tidak perlu pun. benda ini mengkayakan orang yang sudah kaya. piramid tak sudah-sudah. sudah lah dengan langganan untuk internet lagi, talian telefon lagi, lepas tu pula internet nak sekat. ada kan akta itu akta ini. lepas tu pula kita sendiri ada yang menggunakan internet untuk perkara yang wasted. sikit sebanyak tu apakata sebarkan propaganda yang positif di internet. cari sources, buat research, make a wiseable writing, make a new friends, reading a good article. listen to a good music. urghhh. bersepah kot kat internet ni. pandai guna dapat kebaikan. jangan wasted money sangat la weh, tak murah bagi aku yang kena bayar sebulan 48RM ni.


( blog aku ni provoke orang ke? cuak pulak aku -,-)


NSBR

click di gambar untuk membaca

Saturday, June 18, 2011

no sunshine for today

hari ini aku tidak merasakan kehangatan matahari di anggota badan aku,
hari ini aku tidak merasa silau nya sinaran matahari.


( ini maknanya seharian aku hanya berada di dalam rumah :)

early 2010

Iklan ubat

I've been use this product since I got a problem with acne which is already 6 years. and now my skin become smoother and brighter. HAHA. Takla. it's joke. okay, tak lawak pun-,-

wadapak aku nak review ubat pula ni kan?. takdelah, it's just that I think it really good stuff to be spread and announce since this medicine kalau anda semua cari kat rak guardian mahupun watson, tak kan jumpa. korunk kena pergi ke pharmacy luar, baru ada. itu pun kena tanya lah. aku pun tak tahu kenapa diorang( watson and guardian ) tak letak je this medicine dekat rak. ???

aku guna sejak 3 tahun lepas kot, lepas aku stumble upon this medicine. aku stick dengan ni je. sebab aku rasa suite la kot dengan muka aku. korunk yang rasa macam muka berkerutu dengan acne tu boleh lah kot cuba ni, aku tak cakap lepas ni muka korunk akan jadi licin berkilat macam tak pernah ada acne. tapi cuba la kan.

datang dalam 2 packaging, gel dan water based. korunk boleh pilih yang mana suka. kalau gel tu muka kering sesuai la kot. ke aku salah?. sebaliknya lah. aku pun lupa. tapi aku pakai yang gel ni ha. water based tu dia attach sekali dengan cotton ball tu macam gam pulak.

gel

water based


______________________________________________________________________
* I got any cent for this advertisement, thank you.

Friday, June 17, 2011

suara sedap

Karoke atau sering dipanggil karok oleh kaki-kaki pengunjung tegar pusat-pusat karoke yang berlambakan di shopping mall mahupun di deretan rumah kedai. Apa yang mahu dicarutkan tentang kegiatan ini?. tiada apa, ada sesuatu yang aku rasa sedikit pelik. Nanti di akhir cerita aku beritahu apa benda yang sedikit pelik itu.

Entah kenapa beberapa kali juga aku bersama rakan-rakan aku di ipoh mengunjungi pusat karoke untuk mendendangkan dalam sebarang dua lagu kepada mereka-mereka yang sudi mendengar suara kami yang amat merdu ni. ironinya aku seorang yang tegar membangkang jika ex-gf aku mahu pergi berkaroke suatu masa dulu. Kalau dia ajak aku pun, I was like, ‘ arhh. What the hell ni. aku nak nyanyi lagu apa?’ dan akhirannya aku hanya berdiam di dalam bilik tu membiarkan dia sorang je mendendangkan lagu.

Berbalik kepada persoalan kenapa aku boleh pergi karoke bersama-sama rakan-rakan aku, aku sendiri tak punya jawapan. Mungkin kerana lagu-lagu rock jiwang lelah yang catchy tu membuatkan aku humming lagu-lagu mereka. Owh yang paling tak boleh blah pasal karoke ni ialah video clip diorang. Yang pasti ada seorang perempuan dalam video tu sedang berjalan perlahan sambil si penyanyi nya memakai shades hitam, lepas tu ahli band yang lain berbaris memainkan instrument masing-masing, yang guitaristnya dan bassist nya main gitar tanpa cucuk wire. Hebat, walaupun hanya video clip. Tapi agak-agak lah. Dah macam apa dah aku tengok. Kalau drummer nye, set diorang sumpah ganas. Macam techgrind. Ada snare satu, hit hat dan bass kaki je. Haih, video clip sumpah fail. Benci aku-,-

Okay, lagu-lagu band tangkap leleh ni kan kalian jangan kata tak tahu. Kalian Cuma tak tahu band apa dan tajuk lagu je sebenarnya. Jika sekali lagu tu berkumandang. Nanti tiba-tiba macam boleh tahu lagu tu tau. ‘owh, lagu ni lah’. Entah mana dengar la kan. Aku pun tak dapat mencari jawapan tentang itu. Aku tak membesar dengan lagu-lagu seperti tu. Exist bukanlah pilihan aku semasa darjah 5. So. Where the fuck we know all those songs?. Bukan semua tahu la kan. Ada yang jiwang giler leleh sampai kalau dengar rasa nak bunuh diri je. Bodoh punya lagu. Tapi macam tahu jugak la kan lagu-lagu tu.

Ok the best part is, or the weird is jika anak punk tahu wujudnya lagu mengintai dari tirai kamar nyanyian exist. Adakah mamat-mamat minah-minah di pusat karoke itu tahu tentang wujudnya lagu slowly fading fast-no use for a name?. or at least toxictoy punkrock jenama Malaysia. Tahukah mereka tentang sejarah muzik Malaysia mengikut kronologi tahun?. Ini bukan statement show off. Ini macam kepelikan yang aku katakana pada awal penceritaan tadi. Mengapa orang yang dengar heaven in her arms tahu tentang wujudnya group search ( bagi contoh band yang paling besar di Malaysia ) akan tetapi pendengar search tak pula mendengar heaven in her arms. Aku terfikir ada tidak sesiapa yang mahu membuka pusat karoke yang mempunyai list-list lagu untuk kita-kita aje! No malay leleh songs bagai. Boleh karoke lagu a day to remember, I set my friends on fire..etc. Bayang kan! Haha.

Aku tidak stick pada satu genre music, kau kata aku poser, aku kata kau bodoh! (yused,2011)


contoh vc karoke yg ada perempuan jalan-jalan. FAIL!

Thursday, June 16, 2011

writing and reading is a new sexy

May2011, terbitlah turbulent succulent funzine #03. atau nama pendeknya kami letak as TSF. sebuah fanzine yang mengisarkan tentang cara hidup aku dan partner aku(tira) di dalam melalui liku-liku hidup yang penuh kekejaman ini. di mana manusia tidak lagi bersifat sepertimana manusia yang diterjemahkan oleh akal fikiran. ini luar batasan. luar kotak pemikiran. di samping ditemani rakan-rakan dan sudah pastinya alunan muzik-muzik yang menjadi teman hidup dan penggerak kepada etika dan sifat abnormal kami.

TSF#02 masih lagi ada di dalam simpanan. yang mahukan boleh kontek terus aku di talian talifon ataupun talian social network facebook dengan meng click pada badger facebook aku di sebelah :)

life is crucial enough. this is turbulent succulent, enjoy and spread the propaganda.

yused yang pemalas

setelah beberapa kawan lama, kawan yang tak pernah aku temui dan aku temui. semuanya mengatakan, 'eh yused, kau nampak gemuk la'. dan aku macam, 'errr..mana ada duhhh'. macam ni jela aku dari dulu ( aku cuba membohongi kawan-kawan dan diri sendiri ). selepas pulang kerumah, hampir sejam juga lah aku berdiri di hadapan cermin dalam bilik . ahh yaaa....aku gemuk-,-

terus aku baring, dan cuba untuk menguruskan perut dengan membuat sit up. tapi cheek aku pun macam dah tembam-tembam juga. dammit.

lelaki sedikit buncit itu it's okay lagi. tapi aku cuak jadi besar dan fatty. haish..

tambahan pula sekarang ni aktiviti harian aku hanyalah makan dan tidur di rumah ni. sumpah menakutkan. dah lah, aku nak pergi kuruskan badan.