Tuesday, December 27, 2011

JUDGE

JUDGE bukan band judge tu. tapi penilaian kita terhadap orang sekitar. bagaimana kita menilai seseorang itu ? impresi pertama kadang memberi terus penilaian dalam kepala otak kita samada dia ni baik ka jahat ka. sedap suka kepala kita je nak fikir dia apa, itu lah menilai.

apa aku nak katakan disini ialah dari skop suasana didalam komunitas punk itu sendiri. sering aku dengar anak-anak punk tidak mahu dirinya dinilai melalui sudut pemakaian nya. ya, itu aku setuju. aku juga tidak mahu makcik-makcik mereject aku menjadi menantu nya setelah melihat cara aku berpakaian ( ini telah terjadi, sangat memilukan ). akan tetapi nya , sudut penilaian melalui pemakaian ini telah aku dapat rasai sendiri di dalam komunitas punk ini. bagaimana ini terjadi ? ok pengalaman aku sudah beberapa kali terasa begini.

ceritanya aku pergi lah ke sebuah show ini yang memainkan musik yang pantas seiring dengan minat halwa telinga aku. aku tidaklah punya t-shirt band yang rare dan mantap hendak dipakai setiap kali aku berkunjung ke show. solusinya aku sarung lah t-shirt plain mahupun t-shirt biasa-biasa saja yang tidak menonjol kan sesebuah band yang maha hebat pun. dan pemakaian seluar aku pun tidak mengikut arus pemodenan semasa begitu juga kasut aku yang kadang nya aku hanya memakai flip flop sahaja. lantas aku bersedia untuk berkunjung ke show yang akan menghidangkan aku musik-musik yang enak. aku ke sana untuk kawan, musik dan stuff. malangnya aku dipandang serong oleh segelintir manusia yang seolahnya mahu aku pergi dari sana kerana aku tidak layak berada disana kerana kayak nya aku hanya seorang mamat yang tidak harus mendengar musik kayak begini begitu. aku tidak tahu jika ini hanyalah penyakit aku yang merasakan diri dipandang oleh orang. tetapi kenapa lah mamat itu memandang aku dari bawah hingga atas. aku keliru. aku pandang dia nampak dia dengan dada bidang seakan menunjukkan baju yang sedang dipakai. ooo. lawa baju bang.

jadinya apa beza kita dengan masyarakat luar jika masih ada manusia didalam komunitas punk sendiri yang merasakan dirinya amat punk kerana memiliki baju band dan stuff yang luar biasa hebatnya dari mereka yang lain. jangan lah punk juga sudah mulai dibeli dengan sistem kertas wang yang bodoh itu. tidak ada salahnya ber fashion. tidak ada salahnya membeli baju band. tidak ada salahnya semua itu. yang menjadi kesalahan bila timbul rasa riak dan show off.

interest and show off is two different thing yow !
 

Sunday, December 25, 2011

UANG!

gampang! babi!
di mana nilai uang itu sebenarnya pada note kertas ?
cetak kertas lawa-lawa letak gambar orang, letak logo negara atau apa jua bagi lawa lepas tu nah, jadi nilai uang!
gampang! bodoh!
jelas-jelas kita kena tipu dengan nilai matawang yang menggunakan sistem kertas bercetak ni!
tiba-tiba USD jadi gila babi mahal kenapa ? kenapa tak BATH ke yang mahal ? kenapa USD ? dari dulu pula tu.
kenapa nak kena bergantung dengan bank dunia sedangkan malaysia ni kecil je bukannya nak jaga satu dunia?
banyak persoalan yang di fikir guna kepala lutut pun tak logik!
GAMPANG! SERIOUS KENE TIPU!
dulu guna dinar emas nah, tiba-tiba guna kertas. kalau emas nampak juga lah kan benda nya rare. mahal. ada nilai.
kertas ? -..-

gampang! dah selama ni ? kena troll hidup-hidup! yeah!

menarik untuk dijadikan menantu

satu perkara tentang mat rempit atau pun mat rempit dah convert jadi mat kereta adalah mereka ini sentiasa berpenampilan menarik sejak kebelakangan ini. tiada lagi imej-imej kotor yang dikatakan oleh pihak media dan masyarakat tentang mat rempit dan mat kereta.

dengan penampilan mereka yang menarik inilah menjadi penarik untuk dia memikat hati makcik-makcik dan pakcik pakcik untuk dijadikan menantu untuk anak gadis dia.

siapakah konsumer terbesar bagi shades oakley dan rayban ? ya, mat rempit dan mat kereta lah. sumpah mahal nak mati shades2 mereka ini. harga nya tidak masuk akal langsung. ya, secara tak langsung nya ini juga lah penarik makcik-makcik tadi.

aku yang kononnya anak punk, tiada apa yang dipandang oleh makcik-makcik ini. kotor dan tiada masa depan katanya. ( baiki motor pun tak pandai apa tah lagi mahu menjadi mat rempit)

Thursday, December 22, 2011

he's getting old man.

sedang aku berjalan kaki mahu menuju pulang ke rumah dari surau, seorang pakcik yang juga ayah kepada kawan baik aku di taman yang aku duduki ini menegur ku. sudah berapa lama aku tidak bersembang dengan pakcik ini. makan bertahun. mungkin 2 tahun. aku perasan sesuatu yang aneh pada percakapan pakcik ini. owh ya, gigi dia sudah tiada. patut lah percakapan nya mirip seperti atok/nenda ku di kampung. dan sampai di persimpangan lorong aku berpisah jalan dengan dia.

dalam hati aku terus berkata-kata,
" man, berapa lama aku tidak berada disini. melihat mereka yang anak kecil nya membesar, melihat pakcik surau nya yang dulu marah-marah kepada ku kerana berbuat bising dan kerana kadang terkantoi menghisap rokok, melihat perubahan anak muda anak tua dan seterusnya. aku terkilan dan... he's getting old mates "