satu perkara tentang mat rempit atau pun mat rempit dah convert jadi mat kereta adalah mereka ini sentiasa berpenampilan menarik sejak kebelakangan ini. tiada lagi imej-imej kotor yang dikatakan oleh pihak media dan masyarakat tentang mat rempit dan mat kereta.
dengan penampilan mereka yang menarik inilah menjadi penarik untuk dia memikat hati makcik-makcik dan pakcik pakcik untuk dijadikan menantu untuk anak gadis dia.
siapakah konsumer terbesar bagi shades oakley dan rayban ? ya, mat rempit dan mat kereta lah. sumpah mahal nak mati shades2 mereka ini. harga nya tidak masuk akal langsung. ya, secara tak langsung nya ini juga lah penarik makcik-makcik tadi.
aku yang kononnya anak punk, tiada apa yang dipandang oleh makcik-makcik ini. kotor dan tiada masa depan katanya. ( baiki motor pun tak pandai apa tah lagi mahu menjadi mat rempit)
No comments:
Post a Comment