Thursday, November 18, 2010

# 10 : tadat



perkahwinan adalah sesuatu yang amat indah, semua orang mengharapkan perkahwinan mereka hanyalah sekali seumur hidup. jadi, majlis perkahwinan haruslah gempak dan meriah. puas hati. dan tidak ketinggalan, adat-adat turut serta termasuk didalam proses perkahwinan. persiapan perkahwinan amatlah tinggi kos nya, percaya lah. lebih mahal dari apa yang anda sangka kan. kalau ada 5k, aku rasa belum cukup lagi untuk menampung segala kos. sudah lah dengan kos nya yang tinggi, di tambah pula mahu mengikut adat itu dan ini. owh, jangan lah memaki aku kerana aku pernyataan aku yang seperti fascist ini. aku bukan lah mahu fascist terhadap adat. tetapi alangakh elok nya jika kita mendahulukan apa yang wajib dan yang di tuntut di dalam agama kita(Islam). aku bukan lah seorang yang layak untuk berkatakan tentang agama-agama ini. tidak perlu di debatkan. ini hanyalah realiti yang harus di telan. adat yang menjadi amalan turun temurun tidak lah seharusnya menjadi panduan hidup kita. jangan terlalu taksub dengan kemelayuan. aku tak rasa pernyataan 'tak kan melayu hilang di dunia' itu sesuatu yang kuat yang boleh di pegang. 


kenapa tak kuat kan 'tak kan muslim hilang di dunia'. bukan kah itu lebih indah?. owh tidak mengapa lah, biar mati anak jangan mati adat kan. nahh. siapa lah gerangan yang begitu kejam cipta frasa ni. Nabi Ibrahim mahu sembelih anak nya kerana suruhan dari Allah. ini kerana nak jaga adat. logik lagi kah?. menyebut lagi tentang adat-adat ini. mereka-mereka yang kuat berpegang adat ni nampak nya terlalu paranoid jika melanggar adat. mengapakah hal sedemikian boleh berlaku?. anda melakukan dosa besar kah jika tidak mengadakan majlis akad nikah di masjid?. jika tiada renjis-renjis air apa segala bagai tu, menjadi satu hal yang besar kah?. terdengar juga kenyataan seperti ' eh, ini kalau kat tempat aku tak buat macam ni, kami tak buat benda ni. kami buat macam ni, ikutlah macam ini .ini yang terbaik.' ahh tidak, kau hanya dengan cara adat kuno kau sahaja. langsung tiada adaptasi dari dunia keliling. belajar mengadaptasi. kau tidak selama-lamanya berada selesa di tempat kau. akan tiba masanya, pertolongan dari orang-orang sekeliling amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment