Sunday, July 17, 2011

demokrasi terpimpin kepala hotak kau!

" kau nak ke nanti kaum lain perintah negara kita ni? "


" ikut lah hindu tu, kau nak sangat kan hindu tu jadi leader kita "


" bodoh kau ni kan, cukup lah pemimpin kita tu islam. melayu pulak tu. buat rilek suda.. "


quote quote di atas antara apa yang dapat aku / kita dengari hari ini.
aku tanya kau, apa beza pemimpin kita sekarang ni dengan kaum-kaum lain?

ha, apa. HE'S MUSLIM??

pada nama kah pada gaya hidup nya?

haa...sudohhh :)

HOMETOWNSICK

pada cuti semestar yang lalu, aku tidak sempat untuk pergi ke mana-mana pantai di kuantan. dan aku rasa sungguh rindu nak bau pasir dan air pantai. aku rindu nak jejak kaki di air pantai. aku rindu nak merakamkan pemandangan indah pantai menggunakan mata aku.
sungguh aku rindu.





aku lebih suka datang ke pantai teluk cempedak pada waktu petang. pada waktu matahari nak terbenam. pada waktu angin membawa bunyi-bunyian indah ke dalam telinga aku.
di sebelah malamnya, apalah sangat. melihat telatah dan gelagat sekian umat manusia. mana nampak pantai pun. entah, aku pun pelik mengapa mereka pergi ke pantai pada waktu malam.




ini pantai sepat, dulunya aku sering ke sana kerana ikut keluarga ke rumah mak long aku. sekarang sudah jarang la pulak. aku suka pantai sepat kerana pokok-pokok pine nye. dah macam kat california.

cepat lah, aku nak balik.

Saturday, July 16, 2011

lepaskan tanggungjawab berat sangat lah.

tersudut jauh di sana, kedengaran sepasang suami dan isteri sedang merancang masa depan anaknya.

si isteri, " we'll send our daughter into private school "
si suami " sure, petang nya kita akan hantarnya ke kelas piano "
si isteri " great! pada malamnya kita akan hantarnya untuk ke kelas mengaji "

suami dan isteri " lengkap! kita pasti akan dapat anak yang soleh/solehah kelak kerana kita sudah memberi mereka cukup ilmu "
"selesai tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa"
kata mereka.
apa lagi yang diperlukan didunia ini jika mata dan hati dikaburi dengan segala macam jenis kemudahan.
tiada lagi kesusahan yang kononnya menjadi pemangkin hidup penggerak usaha.
lagian, siapa mahu susah?
mudah melafazkan kononnya fasih tapi buta.

Friday, July 15, 2011

semasa/sedang



jam menunjukkan hampir 5.00 pm. aku dan amer ke depan kaunter pendaftaran.
amer memanggil aku seperti mahu menunjukkan sesuatu.

" kau tengok tu, anak chinese sedang buat homework sambil menunggu turn ", amer.

" kau tgk pula anak melayu sedang buat apa? ", aku.

( provokasi aku bukan untuk bangsa, provokasi aku untuk ilmu )

bukan tentang tidak pernah cukup

ray cappo

gambar ray cappo di atas menggambarkan betapa aku mahu melompat geram melihat/merasai situasi yang akan aku huraikan sebentar nanti.

#ini tentang perbelanjaan aku sebagai seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej. ada yang menuntut ilmu di universiti dan kolej lain mendapat PTPTN. aku rasa kita sama je, diberi sejumlah uang untuk berbelanja dengan jimat dan cermat ( baca : no changing gadget every month )

#dalam sehari aku membelanjakan sejumlah uang yang aku rasakan tidak masuk akal. itu untuk makan, minum dan rutin harian punya barang. bukan kedekut untuk membeli makanan, tapi sedikit tidak beragak di situ. mari kita lihat.

(PAGI) nasi dagang+kuih+air
rm2.50+rm1.00+rm1.20=rm4.70
+
(MALAM) nasi goreng ayam+tea o ais
rm4.50+rm1.20=rm5.70
=
RM10.40 / day

kali dengan sebulan ya, RM312.00

#ini aku ambil harga makanan yang aku kira paling murah di tempat aku belajar ni, itu belum kira aku kena lipat dengan pakcik kantin lagi. kadang-kadang tu makan pagi aku boleh pergi sehinggaRM7.00. belum masuk barang-barang lain lagi. ini baru untuk makan, ya. seorang pelajar memerlukan RM300.00 untuk makan SAHAJA. aku tidak kisah kepada mat-mat/minah minah kaya. yang aku ambil kisah tentang mereka-mereka yang senasib seperti aku ini. yang bagi aku mata uang rm100 itu bukan lah untuk aku membelanjakan pada baju aku.
#berjimat?, ya berjimat boleh dilakukan. dengan sedikit anjakan paradigma dari peniaga-peniaga juga. peniaga-peniaga juga boleh  menurunkan harga jika ada sedikit anjakan dari sumber-sumber bahan mentah mereka. ahhh. siapa yang kawal semua benda ni?. boleh beritahu aku tak macam mana dulunya harga 5 biji telur ayam RM1.00 sekarang telur ayam yg sama RM1.00 dapat 3 biji?. kadang itu 2 biji je RM1.00. lagi melampau. budak-budak pergi beli telur ayam untuk ibu mereka boleh pegang kat tangan atau letak dalam kocek je.

#entah, aku jahil ekonomi. yang aku tahu rasional dan relevan.

#semua membantu, tolong lah. rakyat Malaysia bukan kaya pun.

Friday, July 8, 2011

sejuk/tahan kencing/penuh

bila mata aku tidak lagi menterjemahkan kebenaran didalam hati,
aku guna akal,
bila akal aku sudah bercampur aduk dengan provokasi,
aku guna minda,
bila minda aku sudah hilang koneksinya dengan akal,
aku seperti nya hilang,
aku mula cari jiwa,
aku mencari kebenaran,
sepertinya, semua kelihatan dan khabaran tidak lagi dapat memberikan aku jawaban,

koneksinya terputus di antara nyawa dan mati,
belum tamat,
aku dibekalkan dengan sucinya Iman.