Saturday, August 20, 2011

August 31, 1957

sumpah gambar ni legend!
tidak boleh cakap banyak tentang sejarah sebelum kemerdekaan sebab tak banyak yang aku tahu.walaupun aku boleh pelajari dan korek tentang sejarah malaysia. tidak dapat tidak aku hanya akan dapat info yang sama seperti yang dipelajari di sekolah. muncul nya film dokumentari seperti 10 tahun sebelum merdeka, fahmi reza punya cerita memberi sedikit sebanyak ruangan bukaan mata aku ini akan the other side of historical yang terkandung dalam lipatan sejarah malaysia yang kita cintai ini.

dan tahun ini sudah 54 tahun negara ini merdeka. terma merdeka di sini boleh diulaskan dengan pelbagai definisi. anda-anda sendiri lebih mahir dari aku. aku tidak perlu sebutkan satu persatu. soalan yang kerap di tanya. merdekakah kita walau setelah bertahun-tahun kita menyambut hari merdeka?

bila negara mencapai kemerdekaan ( terma merdeka di sini aku maksudkan ialah dari segi penjajahan. tamat nya perang etc.. ) banyak perkara yang kita tidak tahu. ada yang baik dan buruk diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu. pihak yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan dijulang bagai nak rak dan pihak yang setia memperjuangkan kemerdekaan separuh mati dan mati tidak dibicarakan. malahan dikatakan musuh. ini antara perkara-perkara yang pro dan kontra tentang peperangan. di mana-mana peperangan juga. mesti akan ada perkara yang disenyapkan dari pengetahun umum. kerana alasannya tidak mahu ada nya kaos dan huru hara di rata tempat. tambahan lagi akan memburukkan imej negara dan kerajaan katanya. entah betul entah tidak.

merdekakah aku , kau, mereka dan kita semua ini masih lagi tidak dapat dirungkai. aku sudah ada jawapan aku sendiri tentang kemerdekaan. anda semua? cari sendiri.

( soalan : merdekakah malaysia bila jatuh nya portugis, japan dan british dan dijajah semula oleh bloodline yang sama setiap tahun selama lebih 50 tahun? )


( tiap-tiap tahun aku tak kisah pun tentang hari merdeka. bukan kerana tiada patriotisme. tapi hati ini dah di korupkan dengan sistem yang korup. tambah pula tahun ini. aku lebih fikirkan salaman dan ciuman yang diberikan oleh ibu aku dipagi raya dari berfikir tentang menggantung bendera di depan rumah )


No comments:

Post a Comment