Thursday, December 22, 2011

he's getting old man.

sedang aku berjalan kaki mahu menuju pulang ke rumah dari surau, seorang pakcik yang juga ayah kepada kawan baik aku di taman yang aku duduki ini menegur ku. sudah berapa lama aku tidak bersembang dengan pakcik ini. makan bertahun. mungkin 2 tahun. aku perasan sesuatu yang aneh pada percakapan pakcik ini. owh ya, gigi dia sudah tiada. patut lah percakapan nya mirip seperti atok/nenda ku di kampung. dan sampai di persimpangan lorong aku berpisah jalan dengan dia.

dalam hati aku terus berkata-kata,
" man, berapa lama aku tidak berada disini. melihat mereka yang anak kecil nya membesar, melihat pakcik surau nya yang dulu marah-marah kepada ku kerana berbuat bising dan kerana kadang terkantoi menghisap rokok, melihat perubahan anak muda anak tua dan seterusnya. aku terkilan dan... he's getting old mates "

No comments:

Post a Comment