Friday, July 15, 2011

bukan tentang tidak pernah cukup

ray cappo

gambar ray cappo di atas menggambarkan betapa aku mahu melompat geram melihat/merasai situasi yang akan aku huraikan sebentar nanti.

#ini tentang perbelanjaan aku sebagai seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej. ada yang menuntut ilmu di universiti dan kolej lain mendapat PTPTN. aku rasa kita sama je, diberi sejumlah uang untuk berbelanja dengan jimat dan cermat ( baca : no changing gadget every month )

#dalam sehari aku membelanjakan sejumlah uang yang aku rasakan tidak masuk akal. itu untuk makan, minum dan rutin harian punya barang. bukan kedekut untuk membeli makanan, tapi sedikit tidak beragak di situ. mari kita lihat.

(PAGI) nasi dagang+kuih+air
rm2.50+rm1.00+rm1.20=rm4.70
+
(MALAM) nasi goreng ayam+tea o ais
rm4.50+rm1.20=rm5.70
=
RM10.40 / day

kali dengan sebulan ya, RM312.00

#ini aku ambil harga makanan yang aku kira paling murah di tempat aku belajar ni, itu belum kira aku kena lipat dengan pakcik kantin lagi. kadang-kadang tu makan pagi aku boleh pergi sehinggaRM7.00. belum masuk barang-barang lain lagi. ini baru untuk makan, ya. seorang pelajar memerlukan RM300.00 untuk makan SAHAJA. aku tidak kisah kepada mat-mat/minah minah kaya. yang aku ambil kisah tentang mereka-mereka yang senasib seperti aku ini. yang bagi aku mata uang rm100 itu bukan lah untuk aku membelanjakan pada baju aku.
#berjimat?, ya berjimat boleh dilakukan. dengan sedikit anjakan paradigma dari peniaga-peniaga juga. peniaga-peniaga juga boleh  menurunkan harga jika ada sedikit anjakan dari sumber-sumber bahan mentah mereka. ahhh. siapa yang kawal semua benda ni?. boleh beritahu aku tak macam mana dulunya harga 5 biji telur ayam RM1.00 sekarang telur ayam yg sama RM1.00 dapat 3 biji?. kadang itu 2 biji je RM1.00. lagi melampau. budak-budak pergi beli telur ayam untuk ibu mereka boleh pegang kat tangan atau letak dalam kocek je.

#entah, aku jahil ekonomi. yang aku tahu rasional dan relevan.

#semua membantu, tolong lah. rakyat Malaysia bukan kaya pun.

No comments:

Post a Comment