Thursday, August 4, 2011

same body / same soul



ini tubuh yang sama semasa semua mak cik mak cik dan pak cik pak cik berebut-rebut mendukung aku 20 tahun yang lalu di atas kecomelan rupa paras aku

ini juga tubuh yang sama merasai kesakitan jatuh longkang semasa bermain kejar-kejar bersama teman sepermainan 16 tahun yang lepas

tubuh yang dikurniakan mulut sebagai media berkomunikasi ini juga yang aku gunakan untuk berkata yang buruk dan baik ; minta maaf kalian hati terluka kerana mulut aku

sekujur tubuh ini juga aku bawa mengharungi pelbagai laluan daratan dan airan

terkadang fisiologi tubuh ini juga enggan mengikut kemahuan aku

kini setelah 22 tahun jasad yang aku bawa ini dibekalkan bersama roh aku sedar tentang itu dan ini

telah lama atau baru itu masa

yang tinggal kini hanya aku jasad dan roh

berjalan pergi mengharungi beberapa tahun lagi sebelum roh pergi meninggalkan jasad.

dan aku akan pergi bersama roh.

1 comment: