Tuesday, December 27, 2011

JUDGE

JUDGE bukan band judge tu. tapi penilaian kita terhadap orang sekitar. bagaimana kita menilai seseorang itu ? impresi pertama kadang memberi terus penilaian dalam kepala otak kita samada dia ni baik ka jahat ka. sedap suka kepala kita je nak fikir dia apa, itu lah menilai.

apa aku nak katakan disini ialah dari skop suasana didalam komunitas punk itu sendiri. sering aku dengar anak-anak punk tidak mahu dirinya dinilai melalui sudut pemakaian nya. ya, itu aku setuju. aku juga tidak mahu makcik-makcik mereject aku menjadi menantu nya setelah melihat cara aku berpakaian ( ini telah terjadi, sangat memilukan ). akan tetapi nya , sudut penilaian melalui pemakaian ini telah aku dapat rasai sendiri di dalam komunitas punk ini. bagaimana ini terjadi ? ok pengalaman aku sudah beberapa kali terasa begini.

ceritanya aku pergi lah ke sebuah show ini yang memainkan musik yang pantas seiring dengan minat halwa telinga aku. aku tidaklah punya t-shirt band yang rare dan mantap hendak dipakai setiap kali aku berkunjung ke show. solusinya aku sarung lah t-shirt plain mahupun t-shirt biasa-biasa saja yang tidak menonjol kan sesebuah band yang maha hebat pun. dan pemakaian seluar aku pun tidak mengikut arus pemodenan semasa begitu juga kasut aku yang kadang nya aku hanya memakai flip flop sahaja. lantas aku bersedia untuk berkunjung ke show yang akan menghidangkan aku musik-musik yang enak. aku ke sana untuk kawan, musik dan stuff. malangnya aku dipandang serong oleh segelintir manusia yang seolahnya mahu aku pergi dari sana kerana aku tidak layak berada disana kerana kayak nya aku hanya seorang mamat yang tidak harus mendengar musik kayak begini begitu. aku tidak tahu jika ini hanyalah penyakit aku yang merasakan diri dipandang oleh orang. tetapi kenapa lah mamat itu memandang aku dari bawah hingga atas. aku keliru. aku pandang dia nampak dia dengan dada bidang seakan menunjukkan baju yang sedang dipakai. ooo. lawa baju bang.

jadinya apa beza kita dengan masyarakat luar jika masih ada manusia didalam komunitas punk sendiri yang merasakan dirinya amat punk kerana memiliki baju band dan stuff yang luar biasa hebatnya dari mereka yang lain. jangan lah punk juga sudah mulai dibeli dengan sistem kertas wang yang bodoh itu. tidak ada salahnya ber fashion. tidak ada salahnya membeli baju band. tidak ada salahnya semua itu. yang menjadi kesalahan bila timbul rasa riak dan show off.

interest and show off is two different thing yow !
 

4 comments:

  1. kalau kayak pakainya punk, tapi otak letak dekat punggung. Sama saja. luaran tak penting tapi dalaman itu penting.

    Haha melawat rakan-rakan lagi.

    ReplyDelete
  2. Pernah baca status aku mengenai apa yang kau ceritakan di sini? ala yg aku pegi gig punk tetiba kene sound "ini bukan gig hc" dan bila aku open table nk jual baju, aku didatangi seorang mamat punk, lalu bertanya, "boleh ke saya pakai baju hc?" heh aku pun cakap kat dia je, "saya bukan punk, tapi saya datang je gig punk, saya dengar je musik punk tapi saya bukan punk. okay je" hehehe


    pakai lah baju band apa pun, tapi show off buat pe. punk berjaket besi bagai tapi permikiran tak punk, buatpe.

    "punk bukan di jaket besi, punk pakai otak"

    ReplyDelete
  3. fuck yeah. aku ada baca juga entri kau yg itu Kc, memang hakikat nya begitu. masih ada lagi yg berfikiran mcm tu. jadi tak hairan lah kalau komunitas luar juga menghukum kita melalui pemakain.

    ReplyDelete
  4. aku kurang berminat memakai t shirt band. apa yang aku minat aku diamkan saja mungkin. heheh

    ReplyDelete