Sunday, April 17, 2011

baru semalam

hendak di jadikan cerita. aku terpaksa mengharungi satu malam di dalam rumah seakan-akan pondok tempat menunggu durian gugur berseorangan. ALONE. digambarkan suasana disekeliling rumah ini terdapat pokok-pokok pisang dan pokok-pokok lain yang tak dapat dikenal pasti. seperti rumah-rumah kampung yang lain, jika jam sudah menunujukkan 8 malam, tiada lampu jalan untuk menerangi kawasan sekitar rumah ini. dan suasana nya amat menjadi seram dan berlainan sekali apabila aku duduk seorang diri dalam rumah ni. apa yang hendak dibuat, malam dah menjelma. aku kemudian melantak nasi yang ditinggalkan oleh kawan aku petang tadi. entah basi ntah tak, aku main tibai je sebab lapar. sejam selepas tu, tiba-tiba patofisiologi badan aku seakan berubah. suhu badan aku menjadi panas, kepala aku sedikit pening, perut aku memulas lain macam, 'arhh..hendak demam barangkali'. fikir aku. aku lantas menelan 2 tablet paracetamol. ok, aku teruskan dengan agenda aku iaitu melayari internet. dan yang tak best nya, aku rasa aku dah tak dapat tahan dah. ini dah memang betul-betul demam. 'shait!'. aku masuk bilik untuk tidur. ke kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan. rasa tak selesa je badan ni. tapi aku nak tidur!.

sedar-sedar keesokan harinya telefon bimbit aku berdering.

Kriinnngg!!!!

'ha nak bangun la ni, ok..' aku menjawab.

lihat jam dah, 'mak ai, dah pukul 2.'

tapi badan aku seakan tak mampu bangun, mata aku masih tidak boleh dibuka luas.

Kriiiinnnngggg!!!!!

'ah berbunyi lagi'..' ha nak bangun la ni.ok bye' aku menjawab.

lihat lagi jam, ha dah pukul 6 petang?. 'aku ni kenapa, sakit sangat ke?' fikir aku.

aku bangun dengan badan yang berpeluh-peluh. ok aku nak mandi. kawan aku pun dah sampai membawa sebungkus nasi goreng pattaya . ok aku makan dulu sebelum mandi. perut aku masih lagi memulas. sehingga ke waktu yang aku sedang menulis ni, perut aku masih lagi sakit. aku kemudiannya terfikir, ' NASI YANG AKU MAKAN SEMALAM TU DAH BASI KE-,-'

owh ya, aku rasa aku dah boleh join seekers la. boleh je duk seorang ha kat rumah ni :)
hahaha hahahaha

No comments:

Post a Comment