Saturday, April 16, 2011

mulai dari 11/04/2011,aku berpengkalan di Pengkalan Hulu

ok, penempatan yang terakhir aku pada semester 5 ni iaitu di pengkalan hulu. kepada sesiapa yang tak tahu lokasi pengkalan hulu ni kat mana. ianya terletak didalam negeri Perak, kalau dari ipoh makan la jugak 3 jam. siapa orang kelantan dia tahu jalan ke sini sebab kalau dari ipoh nak balik kelantan akan menyusuri jalan ke gerik. ha, atas lagi dari gerik. kalau dari gerik pula adalah dalam 45km lagi nak sampai ke pengkalan hulu ni. apa yang menarik kat sini ialah pekan ni pekan kecil je. aman damai. penduduk rata-rata kerja kampung. yang macam aku takjub sikit is kat sini kalau nak pergi thailand pun dekat kalau nak ke kedah pun dekat. ok. aku dah menyimpan hasrat nak pergi luar negara minggu depan. InsyAllah kalau takde ape-ape aral yang melintang mahupun melintas depan aku. dan semasa aku menulis entry ni aku di tinggalkan berseorang di rumah bungalow yang serba canggih ni. ha yelah, bungalow la. kau ingat kat mana. rakan-rakan ku yang lain semuanya balik ke kampung halaman masing-masing memandangkan kampung mereka dekat-dekat je.

ha ni aku tangkap guna apa kau tahu?. guna camera kat netbook aku ni je ha. dapat bayang tak macam mana?.ha nanti la aku beli camera besar gantung leher tu. takde sen ha-,-' pastu edit la kat photoscape. kononnye macam guna diana rose ha.



-click for bigger image-

No comments:

Post a Comment