Wednesday, October 6, 2010

#1 : while I am waiting

aku sebenarnya mahu menulis kesemua entry blog ini dengan penggunaan bahasa english sebenarnya. tapi aku kalah dengan penstrukturan english aku yang macam apa entah. tula dulu tak nak belajar english. haish.. jadi blog ini telah menjadi rojak. ada yang berbahasa melayu dan ada juga bahasa english. harap-harap tiada lah yang nak memaki aku merosakkan bahasa melayu yang menjadi kebanggaan kita semua ini. owh ya, cakap pasal penggunaan bahasa, aku amat benci melihat penulisan yang menggunakan shortform yang melampau ringkas nya. aku juga menggunakan shortform. tapi berpada-pada lah, kat facebook sampai kan aku tidak reti dah nak baca apa yang di tuliskan. mesej dengan couple masing-masing boleh lah guna shortform, ini kau sampai kan dah blog pun nak shortform melampau. ya, itu adalah hak kamu sekalian, blog kamu kan. tapi aku tak kan membazir kan waktu pembaca dengan membaca blog yang entah apa-apa isi kandungan nya. apa yang di lihat hanya lah memaki orang, melepak pada malam hari, dapat makan makanan mahal, dapat beli gadget yang paling terbaru, anda sungguh kaya. aku dah kagum sejak dari dulu lagi. aku dah faham tentang kekayaan anda. tolong jangan bazirkan waktu yang ada dengan isi kandungan anda ini ya. macam lah blog aku ni dah lama bertapak kat blogspot.com ni. padahal baru ada 2 entry. haha..cuba lah untuk menulis sesuatu yang boleh membuatkan pembaca berfikir. ya, aku juga tahu yang pembaca membaca blog hanyalah untuk santai-santai. mereka refuse to think. blog yang berat-berat ni tak nak baca sangat. yang ada kelucahan, maki-maki orang suka lah. macam melodi la pulak!. pembaca-pembaca sekalian, mari lah kita memupuk minda kita supaya minda dan hati kita dapat bergabung untuk berfikir dengan waras tanpa mengikut arus yang mahu membawa kita ke ombak kelemasan. elakkan..

No comments:

Post a Comment