Friday, October 22, 2010

there's a snakes!

dalam seminggu yang lepas, aku ketemu dengan beberapa ekor ular. ada yang berwarna hijau dan ada yang berwarna hitam berbelang-belang kuning.
dan aku tak sangka yang ular ini amat menggelikan sehingga menyebabkan beberapa bulu roma di leher aku naik. orang kata 'seram sejuk'. herh..
bila dah sampai bilik, kalau teringat semula pergerakan ular yang aku ketemui tadi, pasti akan timbul perasaan seram-seram geli itu.
banyak juga ular di kawasan tempat aku belajar ini ya, dalam seminggu aku boleh terjumpa 3 ekor sedang melintas jalan. tapi aku tak perlu hairan kerana memang kawasan tempat aku belajar ni kediaman yang amat indah bagi sekalian makhluk. alhamdulillah :)


(dan kejadian ini telah mambuatkan aku tahu lebih tentang diri aku iaitu, aku takut ular :)

2 comments: